ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Pertanyaan:Tolong jelaskan apabila bersin di dalam sholat (contoh: imam sedang membaca al-Fatihah, apakah perlu diulang fatihah atau diteruskan atau bagaimana?)
Jawaban:
Jika bersin ketika sedang sholat ada beberapa jawaban sebagaimana berikut;
Pertama
Anda dibenarkan mengucapkan �Alhamdulillah� setelah bersin (dalam sholat), sebagaimana peristiwa Muawiyah ibn al-Hakam RA. yang sedang sholat dengan Nabi lalu seorang lelaki bersin dan berkata: �Alhamdulillah� dan Muawiyah RA. menjawab �Yarhamuk Allah� (????? ????). [Hadith Riwayat Muslim : 537, Abu Daud : 930].
Kedua
Jika seseorang itu sedang membaca surah dan bersin; contoh al-Fatihah, jika dia masih belum selesai membaca ayat tersebut, dia cuma perlu mengulangi ayat tersebut itu saja. Tidak perlu mengulangi keseluruhan surah al-Fatihah.
Ketiga
Jika bersin, batuk atau tangisan si Imam tidak bisa dibendung saat membaca surah al-Fatihah, maka menurut Abu Walid al-Baaji, sang Imam hendaklah berundur ke belakang, dan makmum dibekangnya menggantikan menjadi Imam. [Al-Muntaqa Sharh al-Muwatta �, 1/290, Lihat juga al-Mughni, 1/944]. Ini disebabkan
bacaan al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun sholat.
Keempat
Jika Imam tersebut sedang membaca surah selain dari al-Fatihah, dia boleh menghentikan bacaan dan terus ruku�. Ini adalah kerana membaca surah selepas al-Fatihah hukumnya sunat. Diriwayatkan oleh Abdullah ibn al-Saa�ib RA. berkata:
??? ??? ????? ??? ???? ???? ???? ????? ????, ??????? ???? ????????, ??? ??? ??? ???? ??????, ???? ????? ??? ???? ???? ???? ???? ????
�Rasulullah mengetuai kami dalam solat Subuh di Makkah, dan dia membaca surah al-Mu�minun, sehingga sampai kepada ayat yang menyebut Musa dan Haron,
Rasulullah batuk, maka dia pun ruku� � [Hadith Riwayat Muslim 455]
Imam al-Nawawi mensyarahkan dalam hadith ini dan berkata: �Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menghentikan bacaan dan tidaklah makruh melakukan demikian, jika seseorang berhenti dengan sebab�. [Sharh Muslim, 4/177].
Sumber: nasihatustaz.com
0 Response to "Bersin Saat Membaca Al-Fatihah Ketika Sedang Sholat, Ini Jawaban dan Hukumnya"
Post a Comment