ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Pertanyaan:Assalamualaikum Ustadz, apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
Contoh situasi: ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).
Jawaban:
Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.
Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-�Allam, al-Syams al-Munirah).
Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I�anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
??????? ?????? ?????????? ????????????? ???? ???????????? ??????????? ???????????
�Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.� (Surah al-A�raf 204)
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam:
(??? ??? ??????? ???? ??? ??????? (??? ????
�Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.�
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:
??? ???? ???? ??? ?????? ??? ??? ???????
�Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.� (al-Darqutni)
?????
Wallahu a�lam
Semoga bermanfaat, amin
0 Response to "Wajib Tahu : Hukum Ma�mum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Masih Membaca Surah"
Post a Comment